unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 15 March 2016

"HENTI FITNAH PEKERJA SAYA !"

No comments :


KLANG - Tindakan seorang individu memuat naik gambar dua lelaki menunggang motosikal Yamaha LC 135 dan pemboncengnya memegang objek yang didakwa parang di laman Facebook, telah menimbulkan fitnah.

Gambar yang telah viral meluas di media sosial itu mendakwa dua lelaki terbabit mempunyai niat yang jahat kerana membawa objek tajam tersebut di Klang Utama dan Aman Perdana.

Lela Balqis, tampil memberikan penjelasan bahawa dua lelaki terbabit adalah pekerja suaminya. Bukan penjenayah seperti yang didakwa di media sosial.

"Mohon semua agar tidak menyebarkan gambar mereka ini sebab mereka adalah pekerja suami saya yang bekerja dengan kontraktor pembersihan kawasan di Aman Perdana.

"Mereka bekerja memotong/mencantas pokok bunga. Mereka bawa alatan itu untuk buat kerja. Bukannya untuk melakukan jenayah. Mereka memang berkerja setiap hari di kawasan itu.

"Sekarang mereka takut untuk keluar bekerja. Kesian sangat-sangat. Saya harap mana-mana individu yang memuat naik gambar itu dapat membuang gambar itu segera," kata Lela. - SUMBER

No comments :

Post a Comment