unclemaniam.blogspot.com

Tuesday 23 February 2016

ZIZIE EZETTE TIDAK JAGA & TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP BUNG MOKTAR

No comments :

Zizie Ezette dan anak angkat perempuaan yang diberi gelaran Baby J.

BUNG Mokhtar yang merupakan suami kepada pelakon Zizie Ezette telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini bagi menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court.

Ekoran hal itu, melalui laman Instagram, ada sesetengah pihak mendakwa Zizie tidak menjaga suaminya dan tidak bertanggungjawab kerana tidak hadir ke hospital di ibu negara tersebut.



Pelakon Zizie Ezette bersama suami Bung Mokhtar.

Perkara itu berpunca kerana Zizie tidak memuat naik gambar bersama suami yang juga ahli Parlimen Kinabatangan di hospital seperti sering dilakukan oleh artis-artis yang lain.

Kemudian, melalui satu gambar yang dimuat naik olehnya, Zizie menyindir kembali mereka yang tidak berhenti menuduh dirinya.



Caption gambar itu jelas sekali ditujukan kepada segelintir pengikut Instagram yang mempertikai dia tidak menjaga suami dan tidak bertanggungjawab. – SUMBER

No comments :

Post a Comment