unclemaniam.blogspot.com

Thursday 11 February 2016

ABU AQIF BELA KJ AKIBAT DIKECAM NETIZEN GARA-GARA MISAI DAN JANGGUT SERABAI

No comments :


SEBELUM ini ramai netizen mengecam dan mengkritik penampilan terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang tampil bermisai dan berjambang dalam keadaan beruban serta serabai.

Ada yang mengkritik penampilan itu kerana merasakan KJ kelihatan tidak terurus dan tidak melambangkan imej sebagai seorang menteri dan ahli politik yang disegani.

Sehubungan itu, seorang netizen yang dikenali sebagai Abu Aqif tampil mempertahankan imej KJ yang dilihatnya dari sudut pandang agama.

Menulis, “Menteri Berjanggut. Ramai yang komplen KJ simpan janggut kerana kononnya serabai dan beruban. Tidak sesuai dengan jawatannya sebagai menteri dan pelbagai alasan lain.

“Komen saya, bukan saya nak bela dia. Cuma dalam hal janggut ini beliau benar.

“Sepatutnya bukan dia sahaja yang menyimpan janggut. Semua orang Islam wajib simpan janggut.

“Semoga KJ dapat istiqamah berjanggut, cuma kalau dapat nipiskan lagi misai tu lagi bagus. Tapi untuk permulaan, ini sudah terbaik.

“Memelihara janggut adalah PERINTAH Nabi, jika kata sayang Nabi maka ikutlah Nabi.

“Dari Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا اللِّحَى

“Potong pendeklah misai dan biarkanlah (peliharalah) janggut.” [HR. Muslim no. 623]

“Dari Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَوْفُوا اللِّحَى

“Selisilah orang-orang musyrik. Potong pendeklah misai dan biarkanlah janggut.” [HR. Muslim no. 625],” tulis pemuda tersebut.

No comments :

Post a Comment