unclemaniam.blogspot.com

Monday 29 February 2016

2 PELAJAR PARAH LANGGAR BAS SEKOLAH (7 GAMBAR)

No comments :


KLANG - Dua pelajar sekolah menengah cedera parah dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.39 pagi di Telok Panglima Garang itu, dua pelajar Tingkatan 4, Aidil Izwan, dan Muhammad Zulfakhri, yang menunggang motosikal itu gagal berhenti lalu melanggar bas yang berhenti di hadapan.

Menurut sumber, salah seorang mangsa cedera parah di bahagian kepala, manakala rakannya patah tulang di beberapa bahagian badannya. Motosikal milik mangsa pula berkecai.

Jelas sumber lagi, kedua-dua pelajar terbabit menunggang motosikal tanpa cukai jalan, tidak memakai helmet dan tidak mempunyai lesen.

Kedua-dua mangsa dilaporkan masih hidup oleh ahli keluarga mereka yang juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi. - PIXEL MEDIA







No comments :

Post a Comment